πππππππ πππππππππ ππππππππ ππππππ πππππ πππππππ ππππ ππ ππππππ ππππ πππ ππππππ πππππππ πππππππ πππππππππ ππππππ ππππ-ππππ πππππ ππππ πππππππ πππππππ πππππ
ISKANDAR PUTERI, JOHOR β Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) terus komited dalam menjaga kebajikan dan masa depan pendidikan anak-anak kurang berkemampuan apabila menyalurkan Bantuan Back to School Tahun 2026 serta melancarkan Bantuan Makanan Penyayang Iskandar Puteri khusus kepada anak-anak Orang Asli di Kampung Simpang Arang.
Program penuh bermakna ini telah disempurnakan dengan kehadiran Yang Berhormat Datoβ Dr. Ramli bin Datoβ Mohd Nor, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, yang turun padang bagi menyantuni komuniti Orang Asli setempat.
Seramai 91 orang murid Orang Asli yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ladang Pendas telah menerima Bantuan Back to School dengan sumbangan RM200 bagi setiap murid, melibatkan liputan 100 peratus murid Orang Asli di sekolah tersebut.
βBantuan ini bertujuan memastikan semua murid mempunyai keperluan asas persekolahan dan tiada yang tercicir daripada arus pendidikan,β katanya.
Selain itu, Yayasan Penyayang Iskandar Puteri turut melancarkan Bantuan Makanan Penyayang Iskandar Puteri yang akan memanfaatkan 22 orang murid Orang Asli yang tidak menerima Bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Melalui inisiatif ini, murid-murid terlibat akan menerima tajaan makanan di sekolah bagi tempoh setahun penuh bermula Januari hingga Disember 2026.
Jumlah keseluruhan peruntukan yang disalurkan oleh Yayasan Penyayang Iskandar Puteri bagi kedua-dua program ini adalah sebanyak RM32,676.00, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan yayasan dalam memperkasa kebajikan serta pendidikan anak-anak di kawasan Iskandar Puteri.
Pada majlis yang sama, pihak yayasan turut merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang telah bekerjasama menjayakan program ini termasuk ADUN Kota Iskandar, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, pihak sekolah serta kepimpinan masyarakat setempat.
Program ini selari dengan aspirasi pembangunan komuniti dan pendidikan inklusif, seiring kejayaan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri diterima sebagai ahli UNESCOβs Global Network of Learning Cities, yang menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkasa pembelajaran sepanjang hayat dan kesejahteraan masyarakat.