Perkhidmatan Kami
Menjadi entiti yang berkemampuan dalam membantu golongan miskin bandar, kurang berkemampuan dan kurang upaya dalam meningkatkan sosioekonomi melalui program pendidikan, kebajikan, NGO dan pembagunan belia.
Kebajikan
Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) komited untuk menyediakan perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat dan penduduk di Bandaraya Iskandar Puteri.
Bantuan penyayang terdiri daripada bantuan bakul makanan, bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir, Kebakaran, bantuan kesihatan dan pelbagai lagi.
Pasukan sukarelawan kami bekerja rapat dengan pemimpin dan masyarakat setempat untuk mengenal pasti keperluan mereka dan mencipta program yang disesuaikan yang memenuhi keperluan tersebut.
Matlamat kami adalah untuk membantu golongan yang memerlukan dengan seboleh mungkin. Hubungi kami hari ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan kami dan cara kami boleh membantu anda atau seseorang yang anda kenali.
Jumlah Penerima Manfaat Pada Tahun 2023
Penerima Bantuan Perayaan
Penerima Bantuan Sakit Kronik
Penerima Bantuan Bencana
Penerima Bakul Makanan
Penerima Bantuan Khas
Jumlah keseluruhan bantuan kebajikan sepanjang tahun 2023
RM 481,291.85
Pendidikan
Pelbagai program pendidikan dari peringkat pendidikan kanak-kanak hingga ke Universiti disediakan oleh Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Johor.
Jumlah Penerima Manfaat Pada Tahun 2023
Geran Bantuan Sekolah
Penerima Bantuan Khas Pendidikan
Pembangunan Pelajar
Pembangunan Guru
Jumlah keseluruhan bantuan pendidikan sepanjang tahun 2023
RM 377,358.35
Usahawan
YPIP menawarkan pelbagai program latihan dan bantuan kepada golongan usahawan di pelbagai peringkat.
Jumlah Penerima Manfaat Pada Tahun 2023
Pengunjung Bazar Komuniti & Karnival
Program Usahawan
Penglibatan Pembangunan Usahawan
Penerima Bantuan Khas Usahawan
Jumlah keseluruhan bantuan keusahawanan sepanjang tahun 2023
RM 299,254.15
Belia & Kemahiran
Golongan belia merupakan tonggak pembangunan dan kemajuan negara. YPIP mengatur pelbagai program untuk golongan belia bagi meningkatkan daya tahan diri, ilmu dan kemahiran.
Jumlah Penerima Manfaat Pada Tahun 2023
Penglibatan Pembangunan Kemahiran
Penglibatan Pembangunan Modal Insan
Penglibatan Sukan & Riadah
Penglibatan Pembentukan Sahsiah & Rohani
Jumlah keseluruhan bantuan kepada belia & kemahiran sepanjang tahun 2023
RM 234,043.60
NGO & Komuniti
YPIP turut mendekati dan sentiasa bersama komuniti di Iskandar Puteri melalui program-program kemasyarakatan dan kolaborasi dengan agensi dan NGO.