+607-559 0766 admin@ypip.my
Kejohanan Badminton Veteran Tertutup Iskandar Puteri
Kejohanan Badminton Veteran Tertutup Iskandar Puteri telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Oktober 2025 bertempat di Dewanraya MBIP Bukit Indah.
Sebanyak 22 kumpulan regu veteran telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang dianjurkan oleh Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) bagi menggalakkan penglibatan golongan veteran dalam aktiviti sukan serta memperkukuh semangat perpaduan dan gaya hidup sihat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Eksekutif YPIP. Manakala majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Tn. Haji Mat Jaid bin Othman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP.
Turut hadir ialah Cik Nyam Mei Ting, Puan Hajah Afiqah Ziela binti Hj Asri, Puan Hajah Azizah binti Nasabu, En Sekaran a/l Kaniappan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP dan YM Ungku Ahmad bin Ungku Hj Zakaria, Pengarah JPM MBIP.
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan ini!
YPIP mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan komuniti Iskandar Puteri.
Need Help? Chat with us