+607-559 0766 admin@ypip.my
14 Februari 2026 – Telah berlangsung Program Sentuhan Terakhir : Pengurusan Jenazah Fadhu Kifayah anjuran Yayasan Penyayang Iskandar Puteri yang bertempat di Masjid Khadijah, Taman Ungku Tun Aminah.
Program telah dijayakan dengan dua kaedah sesi pembelajaran iaitu sesi teori dan sesi praktikal.
✨ Sesi Teori: Dikendalikan secara mendalam oleh Dr. Nor Hidayah binti Abd Radzaz.
✨ Sesi Praktikal: Peserta didedahkan dengan cara pengurusan jenazah yang betul mengikut jantina yang dipandu oleh Tuan Haji Mohd Najib bin Mohd Shokri (Praktikal Jenazah Lelaki) dan Puan Hajah Siti Rasidah binti Abd Radzaz (Praktikal Jenazah Perempuan).
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Hajah Azizah Nasabu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Turut bersama sepanjang program adalah YBhg. Dato’ Radin Seri Kartini Abdullah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
Semoga dengan ilmu yang diperoleh hari ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta demi menjalankan tuntutan Fardhu Kifayah dalam masyarakat Iskandar Puteri. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Need Help? Chat with us