YPIP telah turut serta didalam program Semarak Subuh Johor yang diadakan di Masjid Kampung Ladang Tanjung Kupang. Dikesempatan ini YPIP mengambil peluang untuk menyerahkan sumbangan Bakul Makanan kepada komuniti setempat.
kuliah subuh disampaikan oleh Ustaz Zin Akmal. Program ini turut dihadiri oleh YB Pandak Ahmad (ADUN Kota Iskandar), Tuan Haji Muzhaffar bin Ra’il (ALPA YPIP), Wakil Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), kakitangan IPD Iskandar Puteri, Pelajar MATAZ dan penduduk setempat.
