+607-559 0766 admin@ypip.my
𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐃𝐄𝐊𝐀𝐃 𝐃𝐈 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑, 𝐌𝐔𝐓𝐈𝐀𝐑𝐀 𝐑𝐈𝐍𝐈
ISKANDAR PUTERI, 29 Nov – Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) hari ini meraikan Sambutan Sedekad YPIP di Hutan Bandar Mutiara Rini, dengan kehadiran ratusan peserta daripada komuniti setempat, agensi kerajaan, pelajar PPKI serta para penerima manfaat yayasan.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara merangkap Pengerusi YPIP. Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, serta Setiausaha MBIP, YBhg. Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin.
Program sepanjang pagi itu turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian seperti Love Fun Walk, sukaneka bersama pelajar PPKI, penyerahan bantuan YPIP, pameran agensi kerajaan dan swasta, serta jualan food truck yang menarik penyertaan keluarga dari pelbagai lapisan masyarakat.
Sempena sambutan 10 tahun ini, YPIP juga menganjurkan beberapa program sepanjang minggu, antaranya bacaan ratib dan doa selamat, lawatan rumah warga emas, makan malam bersama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Program Mesra Aktif Warga Emas, serta Program Wanita Pemangkin Negara – Penggerak Dunia.
Penganjuran ini dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai rakan strategik termasuk MBIP, Pertubuhan Kebajikan Murni Iskandar Puteri, Masjid Daing Abdul Rahman, Rumah Warga Emas Ceria, Rumah Warga Emas Sherun, Kumpulan Tahsin Qiraat Al-Quran, serta PPKI SMK Sutera.
Menurut YPIP, penganjuran kemuncak Sambutan Sedekad ini melambangkan komitmen berterusan yayasan dalam memperkukuh agenda kebajikan dan pembangunan komuniti di Iskandar Puteri sejak penubuhannya 10 tahun lalu.
Need Help? Chat with us