19 Oktober 2024 – Telah Berlangsung Pagi Tadi Program Senam Sihat Lets Fit & Fun YPIP Bersempena Hari Sukan Negara Yang Bertempat Di Hutan Bandar MBIP.
Program Yang Melibatkan Komuniti Taman Seri Orkid Dan Kawasan Sekitar Ini Telah Berlangsung Seawal Jam 7.30 Pagi Dengan Kehadiran 100 Orang Peserta.
Program Dimeriahkan Lagi Dengan Kehadiran YBhg. Dato’ Radin Seri Kartini Binti Abdullah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
