09 Februari 2026 – Program Road to Ts: Nurturing Future Technology Leaders in Iskandar Puteri telah diadakan bertempt di Dewan Seminar YPIP sebagai platform perkongsian ilmu dan pembangunan profesional dalam bidang teknologi.
Ceramah telah disampaikan oleh Ts Ir Mohd Khairi bin Kamarudin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP serta Ts Abdul Hafiz, Timbalan Pendaftar Operasi Malaysia Board of Technologists (MBOT), yang memberi pendedahan berkaitan laluan pengiktirafan Technologist (Ts) dan keperluan pensijilan profesional.
Program anjuran Yayasan Penyayang Iskandar Puteri ini bertujuan memperkasa modal insan tempatan selaras dengan aspirasi pembangunan Iskandar Puteri sebagai bandar pintar berdaya saing. YPIP turut menaja sepenuhnya yuran pendaftaran MBOT bagi para peserta.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Eksekutif YPIP. Program ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pembentukan pemimpin teknologi masa hadapan yang berdaya saing, beretika dan diiktiraf secara profesional
