+607-559 0766 admin@ypip.my
19 Mei 2026 – Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru menganjurkan Program Pursuit of Excellence (PoE 1) khusus untuk pelajar Tingkatan Enam diadakan bertempat di Dewan Sri Bestari, SMK Gelang Patah. Program selama dua hari ini melibatkan seramai 190 orang pelajar daripada SMK Gelang Patah, SMK Mutiara Rini dan SMK Skudai sebagai persediaan menghadapi peperiksaan STPM.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohammad Khairi A. Malik, Ketua Whip Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang turut mengadakan sesi dialog bersama para pelajar. Dalam sesi tersebut, beliau menekankan kepentingan golongan muda untuk bersedia menghadapi pembangunan pesat di Negeri Johor dengan meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan daya saing.
Program ini turut diisi dengan ceramah akademik serta bengkel teknik menjawab peperiksaan STPM dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman bagi membantu pelajar memahami pendekatan yang lebih efektif dalam menghadapi peperiksaan STPM. Yayasan Penyayang Iskandar Puteri komited dalam menyokong pembangunan pendidikan serta melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan
Need Help? Chat with us