+607-559 0766 admin@ypip.my
Program Lambaian Ramadhan Yasin Tahlil dan Doa Selamat Perdana telah dilaksanakan dengan jayanya pada 6 Februari 2026 (Jumaat), bertempat di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Program ini dilaksanakan sebagai persediaan rohani menyambut bulan suci Ramadhan sekaligus bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga Iskandar Puteri serta memohon keberkatan melalui bacaan Yasin dan doa selamat.
Bacaan Yasin Tahlil dan Doa selamat telah diketahui oleh Ustaz Haji Abdul Samat dan diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Seri Radin Kartini Abdullah dan Puan Hajah Azizah Nasabu selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
Turut hadir bersama adalah rakan-rakan strategik dari Sektor Sumber Teknologi dan Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Surau Ar-Raudhah, Surau Jauharul Muttaqin, Surau Al- Mukhtadin, Kumpulan Yassin Niswatul Mahabbah, Geraknita Iskandar Puteri dan WI Taman Ungku Tun Aminah.
   
Need Help? Chat with us