TANJUNG KUPANG – Seramai 100 orang peserta telah menyertai Program Khatan Perdana anjuran Yayasan Penyayang Iskandar Puteri yang berlangsung di SK Tanjung Kupang baru-baru ini.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Muzhaffar bin Ra’il, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha kebajikan dan tanggungjawab sosial Yayasan dalam membantu masyarakat setempat, khususnya golongan keluarga yang memerlukan.
Keseluruhan program ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dengan kerjasama Ahli Majlis Zon 11 Tanjung Kupang serta SK Tanjung Kupang.
Turut menjayakan program ini ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menaja simpanan SSPN bernilai RM50 kepada setiap peserta, melibatkan keseluruhan 100 penerima.
Selain itu, Lembaga Tabung Haji turut menaja pembukaan akaun Tabung Haji kepada semua peserta sebagai galakan awal kepada budaya menabung dan perancangan kewangan masa depan.

