+607-559 0766 admin@ypip.my
PROGRAM JOM SINGGAH MOREH ANJURAN YAYASAN PENYAYANG ISKANDAR PUTERI
Yayasan Penyayang Iskandar Puteri telah menggerakkan inisiatif Jom Singgah Moreh di beberapa lokasi selama 3 malam berturut-turut bermula 10 Mac 2026 iaitu di;
📍Surau Nurruddin, Jalan Tenang, Taman Damai Jaya
📍Masjid Al Ikhlas, Bandar Selesa Jaya
📍Surau Al Muhtadi, Jalan Hang Jebat
📍Surau Darussalam, Jalan Hang Tuah
📍Surau Al Manar, Taman Seri Orkid
📍 Surau At-Taqwa, Kg Melayu Gelang Patah
📍 Surau Ar-Raudah, Taman Nusantara
Program ini merupakan antara usaha YPIP dalam menyokong pengimarahan masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan. Ia dilaksanakan melalui penyampaian sumbangan tunai bagi membantu penyediaan juadah moreh kepada para jemaah selepas menunaikan solat tarawih.
Sesi penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Noor Zaharin bin Noor Rashid, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP.
Semoga pelaksanaan Program Jom Singgah Moreh ini terus memberi manfaat serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat
Need Help? Chat with us