27-28 Oktober 2024 – Program IMPAK SPM 2024 telah melabuhkan tirai dengan penglibatan seramai 126 orang calon SPM dari 21 buah sekolah di dalam kawasan Iskandar Puteri. Program kerjasama antara Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru ini bermatlamat untuk mempersiapkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Pelajar telah mendapat bimbingan daripada pakar-pakar yang dijemput bagi 6 slot mata pelajaran utama SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Perniagaan. Yayasan Penyayang Iskandar Puteri turut memberi suntikan motivasi kepada semua peserta melalui slot khas YPIP yang disampaikan oleh Tn Hj Mohd Muzhaffar Bin Ra’il, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
Yayasan Penyayang Iskandar Puteri ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Guru-Guru dan Para Pelajar yang memberikan komitmen yang terbaik sepanjang program berlangsung.
