+607-559 0766 admin@ypip.my
PROGRAM IHYA RAMADAN 1447H: TADARUS ALQURAN DAN KHATAM PERDANA YAYASAN PENYAYANG ISKANDAR PUTERI
TAMAN PULAI UTAMA, 14 Mac 2026 – Program Ihya Ramadan 1447H: Tadarus Al-Quran dan Khatam Perdana anjuran Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) telah berlangsung dengan jayanya di Masjid At-Taqwa, Taman Pulai Utama dengan penyertaan seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan dan persatuan.
Program dimulakan dengan aktiviti tadarus serta khatam Al-Quran yang dikendalikan oleh Tahsin Zon Skudai sebelum diteruskan dengan majlis perasmian yang diserikan dengan ucapan pembukaan pengacara majlis serta persembahan qasidah.
Turut menyampaikan ucapan ialah Pengerusi Masjid At-Taqwa, Tuan Haji Aminuddin bin Datuk Abdullah @ Dollah, diikuti ucapan oleh Puan Hajah Azizah binti Nasabu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP. Majlis seterusnya disempurnakan dengan tazkirah dan ucapan penyempurnaan oleh Tokoh Maal Hijrah Negeri Johor Tahun 1447H/2025M, Tuan Haji Ustaz Anoar bin Sarimin.
Turut hadir memeriahkan program ialah Dato Radin Seri Kartini binti Abdullah, Tuan Haji Mat Jaid bin Othman dan Encik Noor Zaharin bin Noor Rashid, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP.
Yayasan Penyayang Iskandar Puteri turut menyampaikan sumbangan kepada Masjid At-Taqwa dan Maahad Tahfiz Al-Ghazali.
Penganjuran program ini diharap dapat mengeratkan hubungan masyarakat setempat serta menyemarakkan amalan pengimarahan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.
📆 Tarikh: 14 Mac 2026
Need Help? Chat with us