28 Januari 2026 – Program Generasi Maju Johor YPIP memulakan siri pertama hari ini bersama para pemimpin pelajar SMK Medini. Program ini menekankan 4 elemen penting dalam melahirkan generasi muda Iskandar Puteri yang sedia bersaing merebut peluang dalam kepesatan pembangunan Bandaraya Iskandar Puteri.
Elemen tersebut melibatkan melatih peserta memahami seni membina MATLAMAT, memberi kesedaran kepada peserta agar sentiasa menjadi generasi yang menerapkan nilai AKHLAK mulia, melatih peserta agar sentiasa mempunyai semangat JUANG dan memotivasikan peserta menjadi generasi yang UNGGUL.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil rasmi YPIP Tuan Haji Mohd Muzhaffar bin Ra’il selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang meletakkan harapan tinggi kepada generasi pelapis Iskandar Puteri agar sentiasa tambah baik diri supaya tidak ketinggalan dengan pembangunan pesat dalam kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
.

