+607-559 0766 admin@ypip.my
29 Januari 2026 – Program Generasi Maju Johor YPIP meneruskan siri kedua bersama 250 orang pemimpin pelajar SMK Kangkar Pulai.
Antara modul penting yang ditekankan dalam program ini adalah kemahiran pengucapan awam. Peserta dilatih secara teori & praktikal untuk mempelajari bagaimana untuk bercakap di hadapan orang ramai. Teknik seni komunikasi berpengaruh turut dikongsikan kepada peserta dalam melaksanakan tugas dengan baik sebagai pemimpin.
Tuan Haji Mohd Muzhaffar bin Ra’il Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP turut mengambil slot dalam program bagi menerangkan peranan YPIP & mengingatkan persediaan generasi pelapis Iskandar Puteri untuk menuntut pelbagai ilmu kemahiran selain dari mengekalkan kecemerlangan dalam akademik di sekolah.
Need Help? Chat with us