+607-559 0766 admin@ypip.my
09 Februari 2026 – SMK Impian Emas menjadi lokasi seterusnya untuk Program Generasi Maju Johor YPIP.
Kali ini peserta terlibat adalah di kalangan pemimpin di sekolah menjalani latihan motivasi & kepimpinan dalam modul Generasi Maju Johor yang telah di susun mengikut kesesuaian generasi masa kini. Tuan Haji Mohd Muzhaffar bin Ra’il telah memulakan slot dengan menerangkan peranan YPIP serta menekankan latihan ini sebagai persediaan generasi untuk menghadapi cabaran Bandaraya Iskandar Puteri yang semakin pesat membangun.
InsyaAllah YPIP akan terus komited membantu generasi pelapis yang merupakan anak-anak Bandaraya Iskandar Puteri dalam pembangunan pendidikan insaniah demi memastikan kesinambungan kepimpinan terbaik pada masa akan datang.
Need Help? Chat with us