10 Februari 2026 – SMK Kompleks Sultan Abu Bakar merupakan sekolah keempat untuk penganjuran Program Generasi Maju Johor Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
Peserta yang terlibat kali ini merupakan pemimpin pelajar di sekolah. Para peserta menjalani latihan motivasi & kepimpinan dalam modul Generasi Maju Johor yang telah di susun mengikut kesesuaian generasi masa kini.
Yayasan Penyayang Iskandar Puteri terus komited membantu generasi pelapis yang merupakan anak-anak Bandaraya Iskandar Puteri dalam pembangunan pendidikan insaniah demi memastikan kesinambungan kepimpinan terbaik pada masa akan datang.
