+607-559 0766 admin@ypip.my
Program Rumah Terbuka DUN Perling dan

Sumbangan YAB Menteri Besar Johor dan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri
11 Februari 2026 – Program Rumah Terbuka DUN Perling sempena sambutan Tahun Baru Cina telah berlangsung dengan meriah di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, sekali gus menyantuni masyarakat setempat melalui penyerahan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Seramai 100 orang penerima Bantuan Kasih Johor dan 150 orang penerima Bantuan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri telah menerima sumbangan dalam majlis tersebut. Bantuan ini merupakan inisiatif berterusan Kerajaan Negeri Johor bersama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri bagi meringankan beban kewangan rakyat, khususnya dalam membuat persiapan menyambut perayaan.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara merangkap Pengerusi Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Dalam ucapannya, beliau menegaskan komitmen berterusan kerajaan negeri dan yayasan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Datuk Ramlee bin Bohani, Setiausaha Politik Menteri Besar Johor merangkap ADUN Kempas; YBhg Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Eksekutif Yayasan Penyayang Iskandar Puteri; YBhg Datuk Wong You Fong, Pengerusi MCA Bahagian Pulai; dan YDH Tuan Radin Ramlan bin Radin Taha, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara.
Program ini bukan sahaja menjadi platform mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat, malah mencerminkan semangat perpaduan serta keharmonian masyarakat majmuk di negeri Johor.

Need Help? Chat with us