17 Oktober 2024 – Penyerahan Bantuan Perayaan Deepavali Yayasan Penyayang Iskandar Puteri Bagi Sesi 1 Untuk Kakitangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Telah Disampaikan Oleh YB Dato’ Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Sesi Penyerahan Telah Diadakan Bertempat Di Pejabat Datuk Bandar, Bangunan MBIP Medini. Seramai 30 Orang Kakitangan MBIP Berbangsa India Telah Menerima Manfaat Daripada Bantuan Perayaan Ini.
Turut Hadir Adalah YBhg. Dato’ Haji Abd Rashid Bin Kasman, Setiausaha Eksekutif YPIP, Barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dan Ex-Officio YPIP.
