Penyerahan Bantuan Back To School YPIP 2025
Penyerahan Bantuan Back To School Yayasan Penyayang Iskandar Puteri Tahun 2025 Bagi Sekolah-Sekolah di dalam kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Seramai 800 orang penerima telah terpilih untuk menerima bantuan ini. Bantuan ini telah diserahkan kepada pihak sekolah untuk disampaikan kepada para pelajar.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut menyumbangkan bantuan beg sekolah kepada penerima bantuan Back To School YPIP bagi kategori sekolah rendah.
Tarikh: 13 Mac 2025
