+607-559 0766 admin@ypip.my
ISKANDAR PUTERI – Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) telah menganjurkan Program Bantuan Back to School Tahun 2026 dengan kerjasama Ahli Majlis MBIP Zon Perling bagi membantu meringankan beban keluarga dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak.
Majlis penyampaian bantuan berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Eksekutif Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
Seramai 100 orang pelajar yang menetap di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bagi Zon Perling telah terpilih sebagai penerima bantuan. Setiap pelajar telah menerima sumbangan tunai berjumlah RM200 sebagai sokongan awal bagi keperluan persekolahan.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dalam memperkasa agenda kebajikan dan pendidikan, khususnya dalam usaha membantu meringankan beban kewangan keluarga, sekali gus memastikan kebajikan serta keperluan pendidikan anak-anak terus terpelihara.
Sehubungan itu, Yayasan Penyayang Iskandar Puteri berharap agar inisiatif seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan kepada masyarakat, di samping menyemai semangat, keyakinan serta harapan baharu dalam kalangan pelajar untuk melangkah ke alam persekolahan dengan lebih berdaya saing dan berwawasan.
Need Help? Chat with us