Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri Bil. 02/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 10 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif YPIP, Aras 3, Wisma MBIP Skudai.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed selaku Pengerusi Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
Pelaksanaan mesyuarat ini bertujuan membincangkan hal-hal berkaitan perancangan, pelaksanaan serta penambahbaikan inisiatif demi kesejahteraan masyarakat di kawasan Iskandar Puteri. Segala keputusan yang dicapai diharap dapat memperkukuh lagi peranan yayasan dalam menyantuni komuniti setempat secara lebih efektif dan menyeluruh.
Semoga segala usaha yang dirancang dapat dipermudahkan dan memberi manfaat yang berterusan kepada masyarakat.
