Majlis Penyerahan Bantuan Perayaan Aidilfitri Yayasan Penyayang Iskandar Puteri bagi Parlimen Tebrau telah diadakan di Dewan Raya Kampung Maju Jaya. Majlis penyerahan bantuan Aidilfitri Yayasan Penyayang Iskandar Puteri diadakan serentak pada hari ini sebagai manifestasi komitmen berterusan dalam menyantuni golongan yang memerlukan serta membantu mereka membuat persiapan menjelang musim perayaan.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Abdul Halim bin Suleiman, Ahli Dewan Negara, manakala ucapan aluan disampaikan oleh Dr Murad Hilmi bin Mohamed, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Hadir sama dalam majlis ini ialah Ahli Majlis Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) serta wakil pemimpin masyarakat setempat sebagai tanda sokongan terhadap pelaksanaan inisiatif kebajikan YPIP.
Bagi tahun ini, yayasan telah memperuntukkan sejumlah RM240,000.00 untuk diagihkan kepada 1,200 orang penerima yang layak. Diharapkan sumbangan yang disalurkan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan serta memperkukuh kesejahteraan komuniti dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
