Majlis Penyerahan Bantuan Perayaan Aidilfitri Yayasan Penyayang Iskandar Puteri diteruskan di lokasi ketiga iaitu di Dewan Raya MBIP Taman Ungku Tun Aminah sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam membantu golongan yang memerlukan membuat persiapan menjelang musim perayaan.
Majlis penyampaian bantuan telah disempurnakan sekali lagi oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Mohammad Khairi bin A. Malik, manakala ucapan aluan disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP, Encik Noor Zaharin bin Norr Rashid. Program ini turut dihadiri oleh barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) serta wakil pemimpin masyarakat setempat.
Bagi tahun ini, yayasan telah memperuntukkan sebanyak RM240,000.00 untuk diagihkan kepada 1,200 orang penerima yang layak.Diharapkan sumbangan yang disalurkan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan serta menyemarakkan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
