28 Februari 2025 – Penutup Tirai Februari 2025, Satu Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Perniagaan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri Telah Diadakan Bertempat Di Pejabat YPIP, Wisma MBIP Skudai.
Ini Merupakan Penyerahan Bagi Fasa 1 Bagi Tahun Ini Untuk Peniaga-Peniaga Kecil Iskandar Puteri. Seramai 35 Orang Penerima Telah Mendapat Manfaat Daripada Bantuan Ini. Majlis Perasmian Telah Disempurnakan Oleh YBhg. Dato’ Haji Abd Rashid Bin Kasman, Setiausaha Eksekutif Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.

