+607-559 0766 admin@ypip.my
10 Mei 2026 – Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) terus komited memperkukuh ekonomi masyarakat menerusi penganjuran Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Perniagaan (BPP) Fasa 1 Tahun 2026 yang berlangsung hari ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Pengerusi Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
Program ini membuktikan komitmen berterusan YPIP dalam membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat melalui sokongan peralatan dan pembangunan kapasiti usahawan kecil. 
Selain bantuan peralatan, YPIP juga akan terus memperkasakan kemahiran usahawan melalui Program Khas Pembangunan TVET dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program tersebut merangkumi kursus kemahiran seperti memasak, menjahit dan gunting rambut serta latihan pemasaran digital menggunakan teknologi AI. 
YPIP berharap agar semua penerima dapat memanfaatkan bantuan yang diterima sebaik mungkin serta menjadikannya sebagai pemangkin untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan keluarga.

Need Help? Chat with us