Majlis Berbuka Puasa dan Makan Malam bersama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri telah diadakan di D’Kampung Klasik, Mutiara Rini sebagai salah satu inisiatif kebajikan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dalam usaha menyantuni serta mendekati keluarga-keluarga terpilih dalam kawasan Iskandar Puteri.
Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Penyayang Iskandar Puteri; Yang Dihormati Tuan Haji Ezahar Bin Haji Abu Sairin, Setiausaha Majlis Bandaraya Iskandar Puteri; serta YBhg. Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Eksekutif Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Dihormati Encik Hafiz Bin Abdullah Hashim, Ahli Majlis Zon 6 Mutiara Rini; Yang Dihormati Encik Abdul Halim bin Abdullah, Ketua Kampung Kampung Melayu Lima Kedai; serta Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Izuan Bin Hashim, Imam Surau Mutiara Iman, Taman Mutiara Rini beserta Barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP.
Penganjuran program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara YPIP, kepimpinan setempat dan masyarakat. Inisiatif ini juga diharap dapat memperkukuh semangat kebersamaan, mempererat hubungan silaturahim serta menyemarakkan nilai keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan dalam komuniti.
Tarikh: 9 Mac 2026
