+607-559 0766 admin@ypip.my
8 Mac 2026 | Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia, Yayasan Penyayang Iskandar Puteri telah menganjurkan Kursus Solekan Anggun Aidilfitri sebagai persediaan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Kursus ini telah dikendalikan oleh jurusolek profesional daripada Ana Spa & Beauty, kendalian Puan Nordiana. Seramai 30 orang peserta dalam kalangan komuniti Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menyertai kursus ini bagi mempelajari teknik solekan yang sesuai untuk tampil anggun dan berseri di pagi raya.
YPIP berharap penganjuran kursus ini dapat memberi panduan serta meningkatkan keyakinan diri para peserta untuk tampil lebih berseri dan menawan sempena Aidilfitri nanti.
Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Latifah binti Moideen dan Puan Hajah Azizah binti Nasabu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP
Need Help? Chat with us