Kursus Pembuatan Coklat anjuran Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Mulia Skudai
28 Februari 2026 – Seramai 30 orang peserta telah menyertai Kursus Pembuatan Coklat yang berlangsung di Bilik Tanjung Dewan MBIP Skudai. Program ini dianjurkan oleh Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Mulia Skudai.
Kursus ini bertujuan memperkasa golongan wanita di kawasan Iskandar Puteri dengan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam teknik pembuatan coklat, seterusnya membuka peluang menjana pendapatan melalui bidang keusahawanan makanan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Haji Pandak bin Haji Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, yang menyantuni para peserta dan menyampaikan ucapan rasmi.
Turut hadir ialah Encik Sekaran a/l Kaniappan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh En. R. Kumaran, Setiausaha MIC Negeri Johor.
Program ini diharapkan dapat memberi manfaat berterusan kepada peserta serta menjadi pemangkin kepada usaha pembangunan ekonomi komuniti setempat

