9 Oktober 2024 – Puan Latifah Binti Moideen, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri telah mengetuai delegasi dalam Kunjung Hormat YPIP ke Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT).
Kehadiran kami disambut oleh Puan Norisah Binti Murad, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan yang juga mewakili CEO serta pegawai-pegawai YPKDT yang lain.
Turut bersama dalam lawatan ini adalah YM Ungku Ahmad Bin Ungku Zakaria, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MBIP merangkap ex-officio YPIP.
Kami juga telah mendengar pembentangan oleh Cik Siti Hanim berkenaan Unit Pembangunan Orang Kurang Upaya YPKDT. YPIP sentiasa prihatin dalam meneroka program dan bantuan yang boleh disalurkan kepada golongan OKU yang berada dalam kawasan Iskandar Puteri.
