+607-559 0766 admin@ypip.my
4 Oktober 2024 – Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita & Jualan Kasih Anjuran Yayasan Penyayang Iskandar Puteri Dengan Kerjasama Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Johor Dan FAMA Telah Diadakan Pagi Tadi Bertempat Di Tapak Pasar Tani, Taman Mutiara Rini.
Program Telah Bermula Seawal Jam 7 Pagi Dengan Kehadiran Para Pengunjung Yang Tidak Melepaskan Peluang Untuk Berbelanja Di Gerai Jualan Kasih Usahawan FAMA. Pelbagai Produk Ditawarkan Dengan Harga Yang Lebih Murah Daripada Harga Pasaran. Serentak Dengan Itu, Turut Berlangsung Adalah Sesi Saringan Kesihatan Oleh Pihak LPPKN Johor.
Yang Berhormat Datuk Haji Pandak Bin Haji Ahmad, ADUN Kota Iskandar Telah Hadir Bagi Menyempurnakan Majlis Perasmian Dan Penyerahan Bantuan Peralatan Perniagaan YPIP.
Need Help? Chat with us