+607-559 0766 admin@ypip.my
4 November 2024 – Sekitar Hari Pertama Kem Revolusi Diri YPIP 2024
Seramai 80 orang pelajar tingkatan 4 dari 4 buah sekolah iaitu SMK Damai Jaya, SMK Taman Mutiara Rini 2, SMK Tanjung Adang dan SMK Nusajaya telah menyertai Kem Revolusi Diri bermula 4 sehingga 5 November 2024.
Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan generasi yang mempunyai hala tuju yang jelas melalui pendidikan yang berkualiti. Program ini menggunakan 10% teori dan 90% praktikal menggunakan konsep gamifikasi.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Puan Afiqah Ziela Binti Asri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
Turut hadir ialah Tuan Haji Kamarudzaman bin Abdul Mubin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru Sektor Perancangan,
En.Mohamad Misnan bin A.Jabar, Ketua Jurulatih Kem Revolusi Diri, Barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP, Kaunselor PPD, Kaunselor-kaunselor sekolah, jurulatih-jurulatih dan para pelajar.

Need Help? Chat with us