+607-559 0766 admin@ypip.my
21 September 2024 – Kem Anakku Dekatilah Allah Anjuran Raudhatul Maryam Dengan Kerjasama Yayasan Penyanyang Iskandar Puteri melabuhkan tirai pada hari ini.
Kem selama 5 hari 4 malam ini disertai oleh seramai 50 orang anak- anak Iskandar Puteri berumur 7 hingga 16 tahun. Anak-anak ini didedahkan dengan pelbagai pengisian sepanjang program antaranya ceramah dan motivasi, solat 5 waktu di masjid-masjid berhampiran, pendedahan bidang kerjaya, aktiviti sukan dan juga riadah.
Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Abd Rashid Bin Kasman, Setiausaha Eksekutif Yayasan Penyayang Iskandar Puteri sejurus selepas Bacaan Ratib Al Attas dan Asmaul’ul Husna.
Majlis Penutup turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP, Pegawai YPIP, Guru-Guru, Ibu Bapa dan Para Peserta.
Need Help? Chat with us