Antara Kemeriahan Sepanjang Berlangsungnya Program Sambutan Hari Malaysia : Iskandar Puteri Berjiwa Malaysia Anjuran Yayasan Penyayang Iskandar Puteri Dengan Kerjasama Sutera Mall Dan Permata Iskandar Puteri Pada Hari Ini 7 September 2024 Bertempat Di Ruang Legar Aras 2, Sutera Mall.
Program Yang Berlangsung Seawal Jam 10.00 Pagi Tadi Telah Dimulakan Dengan Ucapan Pembukaan Daripada Yang Berusaha Puan Hajah Azizah Binti Nasabu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
Sejurus Selepas Itu, Dua Acara Telah Dimulakan Serentak Iaitu Fun Chair Robic Dan Pertandingan Mewarna Poster Bagi Kategori A & B. Sebelum Majlis Penutup, Telah Berlangsung 2 Acara Iaitu Pertandingan Tarian Tradisional Yang Menyaksikan 10 Kumpulan Berentap Bagi Merebut Gelaran Juara. Program Diteruskan Lagi Dengan Pertandingan Fesyen Patriotik/Tradisional Yang Menyaksikan Seramai 20 Orang Peserta Cilik Telah Memperagakan Pakaian Mengikut Kreativiti Masing-Masing.
Kemeriahan Semakin Memuncak Dengan Kehadiran Yang Berhormat Datuk Haji Pandak Bin Haji Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Kota Iskandar Bagi Menyempurnakan Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Bagi Acara Yang Dipertandingkan.
Bertemakan “Iskandar Puteri Berjiwa Malaysia”, Kemeriahan Sambutan Penuh Warna Warni Ini Dihadiri Pelbagai Lapisan Masyarakat Tanpa Mengira Latar Belakang, Menunjukan Semangat Perpaduan Dikalangan Masyarakat Di Iskandar Puteri.
Program Telah Berakhir Dengan Kibaran Bendera Dan Nyanyian Bersama Dua Buah Lagu Patriotik. Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat Dan Tahniah Diucapkan Kepada Para Pemenang.
