+607-559 0766 admin@ypip.my
Bengkel Perancangan Strategik Yayasan Penyayang Iskandar Puteri telah diadakan dan dihadiri oleh barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dan kakitangan YPIP.
Pelaksanaan bengkel ini merangkumi beberapa pengisian utama, antaranya sesi ice breaking bagi pengukuhan kerjasama dan pembinaan pasukan, pembentangan laporan prestasi YPIP bagi tahun 2025, latihan dan perbincangan dalam kumpulan, serta sesi perancangan dan penyediaan takwim aktiviti bagi tahun 2026.
Selain itu, satu sesi taklimat daripada Jabatan Kewangan MBIP telah diadakan berhubung tatacara pengurusan dana, yang turut disusuli dengan sesi pembentangan bagi memperkukuh hala tuju strategik Program dan Bantuan yang akan dilaksanakan YPIP sepanjang tahun 2026. Sesi pembentangan ini telah dipimpin oleh YBhg. Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Eksekutif Yayasan Penyayang Iskandar Puteri
.
Need Help? Chat with us