+607-559 0766 admin@ypip.my
Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) telah melaksanakan Program Penyampaian Bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri bagi sesi kedua pada 15 Mac 2026 di Dewan Raya Kampung Pekajang sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam menyantuni golongan yang memerlukan. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan penerima dalam membuat persiapan menjelang musim perayaan.
Majlis penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Mohammad Khairi bin A. Malik, Ketua WHIP Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) manakala ucapan aluan telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP, Tuan Haji Mohd Muzhaffar bin Rail. Majlis ini turut dihadiri oleh barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) serta wakil pemimpin masyarakat setempat sebagai tanda sokongan terhadap usaha kebajikan yang dilaksanakan.
Melalui program ini, penerima yang layak telah menerima sumbangan tunai sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri, dengan harapan ia dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan serta menyemarakkan keceriaan perayaan bersama keluarga.
Need Help? Chat with us