14 Mac 2025- Yayasan Penyayang Iskandar Puteri telah menyampaikan bantuan khemah usahawan YPIP kepada peniaga yang terjejas dengan bencana ribut dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri pada minggu lepas.
Penyampaian khemah usahawan YPIP ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mat Jaid Bin Othman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP.YPIP prihatin dengan nasib yang menimpa peniaga dan berharap bantuan ini serba sedikit dapat meringankan beban yang ditanggung.



