27 Oktober 2024 – Seramai 126 orang peserta dari 21 buah sekolah dalam kawasan Iskandar Puteri terlibat dalam program IMPAK SPM 2024 yang diadakan selama 2 hari di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru.
Program ini merupakan pecutan akhir 6 matapelajaran bagi calon SPM sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM bagi tahun 2024.
Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj Mohammad Khairi Bin A. Malik, Ketua WHIP MBIP manakala slot motivasi pelajar telah disampaikan oleh Tn Hj Muzhaffar Bin Ra’il, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP.
Turut bersama adalah barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP, Ahli Majlis MBIP, Kaunselor-Kaunselor sekolah, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan pegawai-pegawai Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
