17-18 Oktober 2024 – Yayasan Penyayang Iskandar Puteri diwakili oleh Puan Hajah Azizah Binti Nasabu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP telah mengadakan lawatan ke The Sireh Park Iskandar Puteri dan mengadakan perbincangan bersama En. Nor Hisham Hussien, Penasihat The Sireh Park Iskandar Puteri dan En Soorian Muniandy, Pengerusi Persatuan Sokongan Penyakit Alzheimer Johor (JOBADA). Perbincangan ini membuka ruang kerjasama kolektif antara YPIP bersama rakan strategik dan agensi. Kami juga bertukar idea dan maklumat bagi merealisasikan matlamat dalam membangunkan aspek sosioekonomi masyarakat Iskandar Puteri termasuk golongan Orang Kurang Upaya.
YPIP turut mengadakan lawatan tapak dan mencuba aktiviti yang terdapat di The Sireh Park antaranya Mendaki Bukit dan Merentasi Tasik. Turut bersama adalah Dihormati Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah Binti Abdul Latiff, Pengerusi Puspanita Johor, Pengawai Pengiring Puspanita dan Pegawai YPIP.
