+607-559 0766 admin@ypip.my
13 Februari 2026 – Satu sesi serahan Bantuan Peralatan Perniagaan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) telah berlangsung di Dataran Niaga Nusaria 3, Taman Nusantara.
Sesi serahan yang dianjurkan oleh Persatuan Peniaga (My Kiosk) & (Car Boot Sale) Dataran Niaga 3 ini, telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Muzhaffar Rail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP, sebagai tanda sokongan berterusan terhadap usaha memperkasa usahawan tempatan.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada persediaan menjelang pembukaan Bazar Ramadan yang julung kali dianjurkan di lokasi ini, sekali gus membuka ruang dan peluang kepada para peniaga untuk memulakan langkah serta menjana pendapatan sepanjang bulan penuh keberkatan nanti.
Semoga bantuan yang disalurkan menjadi pemangkin kepada kejayaan dan perkembangan perniagaan para penerima.
Need Help? Chat with us