+607-559 0766 admin@ypip.my
BASS: Program Bina Alam Sihatkan Semangat
Program Bina Alam Sihatkan Semangat (BASS) anjuran Klinik Kesihatan Skudai Baru dengan kerjasama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri telah diadakan di Klinik Kesihatan Skudai Baru pagi tadi. Program ini diadakan bagi menjayakan usaha ke arah kehidupan yang lebih sihat dan harmoni dalam kalangan masyarakat setempat. Dengan berteraskan semangat “Hijaukan Persekitaran, Sihatkan Jiwa,” program ini memberi penekanan kepada kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental serta memelihara kelestarian alam sekitar sebagai asas kepada kesejahteraan hidup.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Radin Seri Kartini binti Abdullah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Beliau turut menyatakan sokongan terhadap inisiatif murni ini yang mampu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya gaya hidup sihat dan persekitaran yang bersih. Program ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk memperkukuh semangat komuniti dalam membina persekitaran yang hijau, sihat dan sejahtera.
Tarikh: 11 Oktober 2025
Need Help? Chat with us