+607-559 0766 admin@ypip.my
12 Oktober 2025 – Majlis Penyerahan Bantuan Perayaan Deepavali Yayasan Penyayang Iskandar Puteri 2025 telah berlangsung di Dewanraya MBIP Taman Universiti. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Pandak Bin Haji Ahmad, ADUN Kota Iskandar.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Penyayang Iskandar Puteri; Encik Sekaran A/L Kaniappan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP; serta Encik Sangrapandian A/L Veliappan, Ketua Masyarakat India Parlimen Iskandar Puteri merangkap Ahli Majlis MBIP, bersama barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP dan Ketua-Ketua Masyarakat setempat.
Seramai 300 orang penerima daripada komuniti India di Parlimen Iskandar Puteri hari ini menerima sumbangan bantuan sebagai persiapan menyambut Perayaan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi.
Yayasan Penyayang Iskandar Puteri telah memperuntukkan sebanyak RM100,000.00 bagi tahun 2025 untuk digunakan sebagai sumbangan perayaan Deepavali kepada kaum India yang tinggal di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Ini membuktikan keprihatinan berterusan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dalam memastikan kesejahteraan masyarakat pelbagai kaum terus terpelihara.
Need Help? Chat with us