+607-559 0766 admin@ypip.my
Majlis Penyerahan Bantuan Cermin Mata Yayasan Penyayang Iskandar Puteri
08 November 2025– Yayasan Penyayang Iskandar Puteri telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Cermin Mata “Eye’s of YPIP” yang berlangsung di Dewanraya MBIP Taman Universiti.
Majlis ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kebajikan YPIP dalam membantu masyarakat setempat, khususnya dalam aspek penjagaan kesihatan penglihatan. Program ini memberi tumpuan kepada dua kategori penerima bantuan iaitu pelajar sekolah dan golongan dewasa daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang mengalami masalah penglihatan.
Majlis penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Eksekutif Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Turut hadir ialah Puan Hajah Azizah binti Nasabu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP, yang turut menyampaikan ucapan aluan pada majlis tersebut.
Program Eye’s of YPIP ini diharap dapat meringankan beban penerima manfaat serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya pemeriksaan mata secara berkala. YPIP terus komited dalam melaksanakan pelbagai program kebajikan demi kesejahteraan komuniti dan memperkukuh nilai keprihatinan dalam kalangan warga Iskandar Puteri.
Need Help? Chat with us