Program Bacaan Ratib Al-Attas, Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sedekad Penubuhan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri
Program Bacaan Ratib Al-Attas, Yasin, Tahlil dan Doa Selamat bersempena sambutan Sedekad Penubuhan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) telah diadakan di Masjid Daing Abdul Rahman, Nusa Idaman. Program ini dianjurkan sebagai salah satu pengisian sempena ulang tahun ke-10 YPIP serta memohon keberkatan Allah SWT dalam meneruskan usaha kebajikan dan pembangunan masyarakat pada masa hadapan.
Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri merangkap Timbalan Pengerusi YPIP; Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Eksekutif YPIP; Tuan Haji Abd Ghaffar bin Abd Kadir, Pengerusi Masjid Daing Abdul Rahman; dan barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP.
Bacaan Ratib Al-Attas telah dipimpin oleh Al Habib Hadi Al Habsyi bersama Al Habib Hafiz Al Habsyi, manakala bacaan Surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Faizal bin Ismail, Pengerusi Tahsin Johor Bahru. Semoga program ini menambah keberkatan kepada seluruh warga Iskandar Puteri dan YPIP dapat terus memberi manfaat berterusan melalui program dan inisiatif yang dirancang.