+607-559 0766 admin@ypip.my
Program Wanita Pemangkin Negara, Penggerak Dunia anjuran Yayasan Penyayang Iskandar Puteri
7 Disember 2025 | Program “Wanita Pemangkin Negara, Penggerak Dunia” telah diadakan anjuran Yayasan Penyayang Iskandar Puteri sebagai satu inisiatif memperkasa wanita melalui pengisian berbentuk kesihatan, motivasi, kecantikan, perundangan dan pembangunan diri.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Puan Hajah Khairin Nisa binti Ismail, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor. Turut hadir ialah Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Eksekutif YPIP, dan YBhg. Dato’ Radin Seri Kartini binti Abdullah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP beserta barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPIP dan pemimpin masyarakat.
Antara aktiviti menarik yang telah diadakan ialah:
  • Aktiviti senamrobik komuniti yang mempromosikan gaya hidup sihat dan meningkatkan kecergasan peserta
Slot Kesihatan Mental yang disampaikan oleh Masmira Mohd Salleh
  •  Tajuk: “Jom Healing Mental Kena Jaga”
Slot Motivasi yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr Siti Nor Bahyah binti Mahamood dan Tuan Haji Wan Akashah
  • Tajuk: “Wanita Hiasan Dunia”
Slot Kecantikan yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Sharifah Syahirah
  • Tajuk: “Rahsia Keceriaan Wanita”
Slot Syariah yang disampaikan oleh Puan Haiza Mariena (Peguam Syarie)
  •  Tajuk: “Ketahui Hak Wanita Dalam Perundangan Syariah”
  • Serta slot selebriti yang menampilkan persembahan istimewa oleh Ronnie Hussein.
Program ini bukan sahaja memperkasa wanita dari segi pengetahuan dan keyakinan diri, malah mengukuhkan peranan mereka sebagai agen perubahan dalam keluarga, komuniti dan pembangunan negara. Semoga penganjuran seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan kemajuan wanita secara menyeluruh.
Need Help? Chat with us