+607-559 0766 admin@ypip.my
10 Januari 2025 | Yayasan Penyayang Iskandar Puteri telah menganjurkan Program Back To School 2026 di lokasi seterusnya bertempat di Dewan Kampung Maju Jaya, Iskandar Puteri sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah menjelang sesi persekolahan baharu.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia. Seramai 100 orang penerima telah menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM200 setiap seorang, melibatkan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM20,000.
Turut hadir dan menyampaikan ucapan aluan ialah Puan Hajah Afiqah Ziela binti Haji Asri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri selaku wakil rasmi kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Eksekutif Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Majlis ini juga dihadiri oleh Encik Roshawal Nizam bin Abd Ghafar, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Puteri Wangsa; Dr Murad Hilmi bin Mohamed, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri; Puan Lau Mei Yok, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Zon 15 Impian Emas; serta Encik Zaini bin Kasirin, Ketua Kampung Kampung Maju Jaya.
Selain itu, kehadiran barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, urusetia program serta penduduk setempat telah menyerikan lagi majlis ini.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dalam melaksanakan tanggungjawab khususnya dalam menyokong keperluan pendidikan dan kebajikan masyarakat setempat.
Need Help? Chat with us