ISKANDAR PUTERI – Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menganjurkan Program Bantuan Back to School bagi membantu meringankan beban keluarga dalam membuat persiapan persekolahan.
Majlis penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Norliza binti Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN.
Pelajar yang terpilih telah menerima bantuan berupa sumbangan tunai berjumlah RM200 setiap seorang serta sebuah beg sekolah, bagi membantu keperluan asas persekolahan menjelang sesi persekolahan baharu.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan YPIP dalam memperkasa agenda kebajikan dan pendidikan, khususnya dalam membantu pelajar daripada keluarga yang memerlukan.
YPIP berharap inisiatif seumpama ini dapat memberi manfaat berpanjangan serta memberi suntikan semangat kepada para pelajar untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin dan bersedia.