+607-559 0766 admin@ypip.my
19 Januari 2025 – Program Khatan Perdana Yayasan Penyayang Iskandar Puteri bagi Sesi 4 telah diadakan pada hari ini bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya, Skudai.
Program untuk sesi kali ini merupakan anjuran bersama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, JPKK Kg Maju Jaya dan Team Amal Medic selaku Pasukan Perubatan Berkhatan.
Para peserta telah diraikan dalam satu Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, Ahli Dewan Negara, dengan diiringi YBhg. Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Eksekutif Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Turut hadir bersama adalah Puan Lau Mei Yok, Ahli Majlis Zon 15, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Yayasan Penyayang Iskandar Puteri turut memberi Insentif Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime Bernilai RM50 kepada setiap peserta program.
Terima kasih diucapkan kepada Rakan Kolaborasi yang bersama-sama antaranya SK Kg Maju Jaya, Belia 4B kawasan Tebrau, Tabung Haji Negeri Johor, PTPTN Negeri Johor dan Balai Bomba & Penyelamat Bahagian Kempas.
Yayasan Penyayang Iskandar Puteri akan melaksanakan Program Khatan Perdana YPIP di 10 lokasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bersempena dengan musim cuti sekolah dengan sasaran seramai 1,000 orang peserta.
Need Help? Chat with us